Khamis, 19 November 2009

PANDUAN MUSAFIR

PANDUAN MUSAFIR
(Disalin drpd buku Panduan Musafir keluaran Bank Rakyat)


ISI KANDUNGAN
1. Adab-Adab Bemusafir
2. Solat Dalam Perjalanan
3. Jarak Perjalanan Yang Diharuskan Solat Qasar
4. Permulaan dan Tempoh Musafir
5. Cara Melaksanakan Solat Qasar dan Jamak
6. Lafaz Dan Niat Solat
7. Beberapa Soalan Mengenai Solat Musafir


1. ADAB-ADAB BERMUSAFIR

1. Niat musafir kerana Allah s.w.t
2. Sunat sebelum memulakan musafir, mandi dengan niat musafir
3. Sunat mendirikan Solat Sunat Musafir sebelum memulakan perjalanan
4. Solat memulakan musafir pada hari Khamis
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w jika ia bermusafir, jarang ia berangkat selain daripada hari Khamis
5. Sunat membawa teman ketika bemusafir
6. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan supaya mendoakan keselamatan kita ketika musafir


2. SOLAT DALAM PERJALANAN

Solat fardhu lima waktu adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat Islam. la wajib ditunaikan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Bagi setiap Muslim yang berjalan jauh (lebih dari dua marhalah iaitu ukuran jarak bersamaan lebih kurang 90km atau 60 batu) atau disebut sebagai musafir, mereka tetap diiwajibkan menunaikan ibadat solat lima waktu sehari semalam dan tidak boleh ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, Allah s.w.t. memberi beberapa keringanan dan kemudahan kepada mereka untuk menunaikan solat lima waktu berkenaan.

Ada tiga cara selain menunaikannya dengan cara biasa iaitu:

1. Qasar sahaja tanpa jamak

Qasar adalah memendekkan solat yang empai rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) kepada dua rakaat. Perlu diingat, solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

2. Jamak sahaja tanpa qasar

Jamak adalah menghimpunkan solat Zohor dengan solat Asar sama ada dalam waktu Zohor atau Asar dan menghimpunkan Maghrib dengan Isyak sama ada dalam waktu Maghrib atau Isyak. Jika dijamak dalam waktu Zohor, ia dinamakan jamak taqdim (himpun awal), dan jika dijamakkan dalam waktu Asar dinamakan jamak taakhir (himpun akhir). Begitu juga jika dijamak dalam waktu Maghrib, ia dinamakan jamak taqdim manakala jika dijamakkan dalam waktu Isyak dinamakan jamak taakhir.

PERHATIAN
Solat fardhu yang tidak boleh dijamakkan ialah solat Asar dengan solat Maghrib, solat Isyak dengan solat Subuh dan solat Subuh dengan solat Zohor.

3. Solat qasar dan jamak serentak

Contohnya melakukan solat Zohor (2 rakaat) dan solat Asar (2 rakaat) dalam satu waktu sama ada jamak taqdim atau jamak laakhir.

NOTA
Permulaan musafir dikira setelah seseorang itu keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, sempadan kota atau kawasan yang sudah tiada bangunan lagi. Musafir dikira berakhir apabila dia memasuki semula kawasan permulaan musafir tadi.


3. JARAK PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT QASAR
Jarak perjalanan yang mengharuskan seseorang melaksanakan solat qasar adalah dua marhalah bersumberkan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi:-



Maksudnya :-
Pernah seketika Ibnu Umar dan Ibnu Abbas mengqasarkan solatnya dan berbuka di dalam perjalanan sejauh empat burud iaitu enam belas farsakh (dua marhalah). -Riwayat Al-Bukhari.

Ukuran kadar jauh yang diistilahkan dengan dua marhalah itu ialah jarak di antara rumah/tempat tinggal seseorang dengan tempat yang dia pergi. Adapun mengikut ukuran zaman sekarang ada beberapa pendapat antaranya:-

1. Pendapat Syeikh Abd Rahman Al-Jazaa iri di dalam kitabnya "Al-Fiqhu A'la Ai-Mazahib Al-Arbaa'h" dinyatakan bahawa enam belas farsakh atau dua marhalah itu jaraknya ialah 81km.

2. Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya "Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh" menyebut bahawa ukuran dua marhalah itu adalah bersamaan dengan 89km.

3. Ada pendapat lain juga yang mengatakan jaraknya adalah bersamaan dengan 100km dan ada juga yang mengatakan 90km.

Kesimpulannya, daripada gambaran di atas dapat disimpulkan bahawa kadar perjalanan yang diharuskan solat qasar itu mestilah tidak kurang daripada 81 km.

Walau bagaimanapun sebagai jalan selamat adalah lebih baik kita mengambil kira jarak 100km sebagai mengambilkira ada pandangan yang mengatakan jarak dua marhalah itu adalah 100km.


4. PERMULAAN DAN TEMPOH MUSAFIR
Syarat-syarat permulaan dan berakhirnya musafir hendaklah dikira mengikut ketelapan berikut:-

1. Perjalanan bermulanya musafir dikira dari perbatasan kampung atau taman perumahan tempat tinggalnya. Jika ia tinggal di kota atau bandar maka dikira dari sempadan atau per¬batasan kota tersebut. Contohnya jika ia tinggal di Kuala Lumpur maka dikira sempadannya adalah dari sempadan Wilayah Persekutuan. Kalau ia tinggal di Kuantan di¬kira daripada sempadan Bandar Kuantan. Begitulah seterusnya. Jika ia tingga! di kawasan yang tiada jalan besar atau pun tiada tanda persempadanan maka permulaan musafimya akan dikira setelah ia melepasi akhir kawasan perumahan kampung tersebut.

2. Sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi yang jaraknya dua marhalah adalah dikira di dalam musafir dan harus mengerjakan solat qasar atau jamak.

3. Tempoh yang diharuskan seseorang musafir itu harus mengerjakan solat musafir apabila sampai ke destinasi yang dituju adalah tidak melebihi tiga hari penuh (tidak termasuk hari ketibaan dan hari berangkat pulang). Inipun jika sebelum memulakan perjalanan ia berniat umuk bermukim yang tidak melebihi tempoh masa 3 hari. Tetapi setelah tiga hari sekiranya ia mengubah fikiran untuk terus tinggal di situ maka tiada lagi kelonggaran untuk menunaikan solat qasar atau jamak.

BERAKHIRNYA TEMPOH MUSAFIR.
Sesorang yang musafir akan dikira tamat tempoh musafimya yang mengharuskan solat jamak atau qasar di dalam keadaan-keadaan berikut:-

1. Apabila ia kembali ke tempat asalnya atau tempat tinggalnya yang tetap.

2. Apabila orang yang bermusafir itu berniat untuk bermukim atau tinggal tetap di destinasi yang ditujuinya.

3. Apabila orang yang bermusafir telah berada di suatu tempat melebihi daripada tiga hari (selain daripada hari ketibaan). Dalam hal ini apabila seseorang yang musafir berniat hendak tinggal menetap di suatu tempat selama empat hari selain daripada hari ketibaan, ia dikira telah menjadi seorang yang bermukim atau tinggal menetap, maka terputuslah tempoh musafirnya dan hilanglah kemudahan untuk mengerjakan solat qasar atau jamak.


5. CARA MELAKSANAKAN SOLAT QASAR DAN JAMAK

1. SOLAT QASAR

Qasar ialah memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat hanyalah solat Zohor, Asar dan Isyak.

Syarat-syarat untuk melaksanakan solat qasar
1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat, Termasuk dalam kategori maksiat adalah musafir seorang wanita yang tiada mendapat keizinan daripada suami.
2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhalah
3. Niat solat qasar semasa takbiratul ihram.
4. Solat yang terdiri daripada 4 rakaat (Zohor, Asar, dan Isyak).
5. Berkekalan musafir (masih dalam musafir) sehingga selesai atau sempurna solat.
6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang solat secara tamam (solat yang sempurna empat rakaat).
7. Mengetahui bahawa orang yang musafir itu diharuskan solat qasar. Seseorang yang ingin melakukan solat qasar sewajamya mendalami ilmu bagaimana untuk melakukannya bukan setakat ikut-ikut sahaja,
8. Perjalanan tertentu arah tujuannya. Sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, solat tidak boleh diqasarkan, Misalnya seseorang bermusafir untuk mencari temannya yang tidak diketahui tempatnya dan berniat akan pulang setelah menemui temannya itu maka tidak harus baginya untuk solat qasar meskipun perjalanannya melebihi 2 marhalah.
9. Solat qasar hanyalah harus dilakukan setelah masuk kawasan yang dikira musafir. Ini bermakna seseorang yang masih belum memulakan perjalanan tidak boleh solat qasar di rumah sebelum berangkat. Imam Syafii mensyaratkan bahawa untuk melakukan solat qasar hendaklah melepasi sempadan kampung halamannya. Contohnya bagi mereka yang tinggal di Melaka harus menjamak dan mengqasarkan solatnya setelah melepasi sempadan Majlis Perbandaran Melaka sebelum meneruskan perjalanannya sama ada ke utara atau selatan.

NOTA
Kalau diikut imam yang sedang melaksana-kan solat tamam (sempurna), wajib di-tamamkan solat kiia. Orang yang solat tamam boleh berimamkan (mengikut) orang yang solat qasar.

2. SOLAT JAMAK

Solat jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu misalnya menghimpunkan solat Zohor dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isyak sama ada jamak taqdim atau jamak taakhir.

Seseorang yang ingin solat jamak (taqdim atau taakhir) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu Zohor (jika ia berhajat untuk menjamak solat Zohor dan Asar) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib (jika ia berhajat untuk menjamak solat Maghrib dan Isyak).

Solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak taqdim dan jamak taakhir.

2.1 JAMAK TAQDIM

Jamak taqdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan solat yang kedua di dalam waktu pertama seperti solat fardhu Asar dalam waktu Zohor dan solat Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat-syarat solat jamak taqdim:
a) Didahulukan solat yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak, Walau bagaimanapun jika diterbalikkan, sah solat jamak tersebut.

b) Berniat untuk solat jamak dalam solat yang pertama (bermula dari takbiratul ihram atau di tengah-tengah solat selama ia belum memberi salam). Yang afdalnya ialah ketika dalam takbiratul ihram.

c) Muwalat iaitu berturut-turut antara dua solat yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan masa yang panjang. Selang masa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat solat sunat yang ringkas. Sekiranya diselangi oleh iqamah dan mengambil wudhuk, maka jamaknya tidak batal.

d) Berkekalan dalam masa musafir hingga takbiratul ihram solat yang kedua (tiada disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu).

e) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zohor atau Maghrib) berkekalan hingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isyak).

NOTA
i. Sekiranya seseorang bermusafir pada hari Jumaat maka harus baginya untuk menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar.

Berikut adalah pendapat sebahagian dari para ulama Syafii mengenai solat jamak Jumaat dengan Asar:

a. Syeikh Zakaria al-Ansari:
"Ini suatu fasal: Pada menyatakan solat jamak antara dua solat. Harus/boleh menjamakkan antara dua Asar (Zohor dan Asar) dan antara dua Maghrib (Maghrib dan Isyak) - secara jamak taqdim (pada waktu pertama) dan secara jamak taakhir (pada waktu kedua). Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taadim." (lihat Fahtul Wahhab, vol. 1, hal.

b. Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini:
"Fasal pada menyatakan jamak antara dua solat. Harus/boleh menjamakkan antara Zohor dan Asar secara taqdim (pada waktu pertama) dan taakhir (pada' waktu kedua). Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taqdim, sebagaimana yang dinukilkan dari a!-Zarkasyi dan dia mengi'timadkannya seperti jamak' keduanya dengan sebab hujan. Bahkan lebih utama lagi. Dan tidak boleh menjamakkan antara Jumaat dan Asar secara jamak taakhir. Kerana solat Jumaat tidak dapat didatangkan terkemudian dari waktu sebenar-nya." (lihat Mughni al-Muhtaj, vol 1, hal 271 &• 272)
Al-Zarkasyi juga membenarkan melakukan jamak taqdim antara Jumaat dan Asar disebabkan hujan, Bahkan dia mengatakan lebih patut/utama lagi.

c. Dr. Wahbah al-Zuhaili:


"Harus/boleh di sisi jumhur ulama selain Hanafiah menjamakkan antara Zohor dan Asar secara taadim (pada waktu pertama), dan taakhir (pada waktu kedua). Dan solat Jumaat seperti solat Zohor pada jamak taqdim." (al-Feqh al-lslami Wa Adillatuh, vol 2, ha! 349)

ii. Dalam hal solat jamak taqdim ini. sekiranya solal jamak taqdim telah selesai dikerjakan maka tidak perlu lagi mengulangi solat yang kedua, sebaik sahaja tiba kembali ke kampung halamannya walaupun waktu masih ada. Misalnya seseorang yang bermusafir daripada Johor Baharu ke kampung halamannya di Kuala Lumpur lalu ia mengerjakan solat jamak taqdim fardhu Zohor dengan Asar di Melaka. Selepas selesai solat ia meneruskan perjalanannya ke Kuala Lumpur dan sampai di dalam waktu Asar yang masih berbaki, maka ia tidaklah perlu mengulangi solat Asarnya.


2.2. JAMAK TAAKHIR

Jamak taakhir eninya mengumpul solat yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti sola! Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan solat Maghrib di dalam waktu Isyak.

Syarat-syarat solat jamak taakhir:

a. Hendaklah berniat jamak taakhir dalam waktu yang pertama (Zohor atau Maghrib) seperti hendak taakhirkan solat fardhu Zohor ke waktu Asar atau taakhirkan solat Maghrib ke waktu Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor aTau Maghrib hinggalah berakhirnya waklu berkenaan. Apabila masuk sahaja waktu solat Zohor atau Maghrib hendaklah kita memasang niat untuk mentaakhirkannya pada waktu Asar atau Isyak.

b. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.


NOTA
i. Tidak boleh jamak (taqdim atau taakhir ) solat fardhu Asar dengan Maghrib atau sebaliknya. Fardhu Isyak dengan fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak solat fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya. Yang dijamakkan ialah Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja

ii. Solat jamak taakhir ini tidak disyaratkan tertib (yang mana dahulu dan yang mana kemudian). Oleh itu, apabila tiba masanya untuk mengerjakan solat jamak taakhir, maka bolehlah didahulukan mana-mana solat yang kita sukai. Walau bagaimanapun adalah lebih baiknya kita mendirikan solat Asar lebih dahulu daripada Zohor dan Isyak lebih dahulu daripada Maghrib.


6. LAFAZ DAN NIAT SOLAT

Lafaz dan niat solat qasar sahaja (tanpa jamak)


a. Fardhu Zohor



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Taala.

b. Fardhu Asar



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar. tunai kerana Allah Taala.

c. Fardhu Isyak



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar, tunai kerana Allah Taala.


Lafaz niat sotat jamak sahaja (tanpa qasar)

a. Jamak taqdim - fardhu Zohor



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Asar, jamak taadim tunai kerana Allah Taala,

b. Jamak taqdim - fardhu Asar



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Zohor, jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

c. Jamak taqdim - fardhu Maghrib



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiag rakaat dijamakkan kepada fardhu Isyak, jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

d. Jamak taqdim - fardhu Isyak



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Maghrib, jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

e. Jamak taakhir - fardhu Zohor




Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Asar jamak taakhir tunai kerana Allah Taala,

f. Jamak taakhir - fardhu Asar



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Asar empat rakaat dijamakkan kepada fardhu Zohor jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

g. Jamak taakhir - fardhu Maghrib



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada fardhu Isyak jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

h. Jamak taakhir - fardhu Isyak



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak empat rakaal dijamakkan kepada fardhu Maghrib jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.



Lafaz Niat Solat Jamak Taqdim serta Qasar.

a. Jamak taqdim serta qasar - fardhu Zohor



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar, dijamakkan kepada fardhu Asar jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

b. Jamak taqdim serta qasar - fardhu Asar



Maksudnya--
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepada Zohor jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

c. Jamak taqdim (tiada qasar-fardhu Maghrib)



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat, dijamakkan kepada Isyak jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.

d. Jamak taqdim serta qasar - fardhu Isyak



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar dijamakkan kepada Maghrib jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.


Lafaz Niat Solat Jamak Taakhir serta Qasar

a. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Zohor



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dijamakkan kepada Asar jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

b. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Asar



Maksudnya;-
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepada Zohor jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

c. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Maghrib



Maksudnya;-
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.

d. Jamak taakhir dan qasar - fardhu Isyak



Maksudnya:-
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar dijamakkan kepada Maghrib jamak taakhir tunai kerana Allah Taala.


7. BEBERAPA SOALAN MENGENAI SOLAT MUSAFIR

1. Adakah solat qasar itu wajib?

Jawapan:
Hukum solat qasar tidak wajib ianya hanyalah harus dilakukan apabila bermusafir melebihi kadar dua marhalah dan mencukupi syaratnya. Namun begitu ada pendapat yang menyatakan seandainya perjalanan itu melebih tiga marhalah maka sunnat dan afdal dilakukan solat qasar.

2. Bagaimanakah hukum perjalanan seseorang yang pada asalnya dengan tujuan yang baik, kemudian ia melakukan maksiat, bolehkah ia terus melakukan solat musatir jamak dan qasar)?

Jawapan:
Diharuskan solat jamak dan qasar dengan mengambil kira niat awalnya ketika musafir.

3. Jika tempat yang ingin dituju itu mempunyai dua jalan, satu jarak yang jauh (melebihi dua mar-halah) dan yang kedua jarak yang dekat (kurang dua marhalah). Bolehkah seseorang itu melaksanakan solat jamak dan qasar sekiranya ia melalui jalan yang jauh.

Jawapan:
Jika sekiranya ia melalui jalan yang jauh itu kerana mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu seperti jalannya mudah atau tujuan menziarahi seseorang di sekitar jalan tersebut atau keseiamatan lebih terjamin dan sebagainya maka hukumnya harus dilakukan solat jamak dan qasar. Tetapi jika tidak ada tujuan tertentu, melainkan hanyalah sekadar untuk membolehkan solat jamak dan qasar maka ia tidak harus menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafii.

4. Adakah solat yang tertinggal dalam masa musafir boleh diqadakan dalam masa bermukim dengan dengan diqasarkan?

Jawapan:
Tidak harus diqadakan solat tersebut dengan secara qasar sewaktu bermukim, demikian juga halnya bagi solat yang ditinggalkan semasa bermukim tidak boleh diqadakan secara qasar ketika bermusafir,

5. Adakah harus melaksanakan solat secara jamak bagi orang yang sakit.

Jawapan:
Orang yang sedang sakit tidak harus menjamakkan solatnya kecuali ia di dalam musafir. Keringanan yang diberikan bagi orang yang sakit ialah tentang kaedah perlaksanaannya sahaja. Contohnya:- Bagi yang tidak mampu berdiri harus duduk dan begitulah seterusnya.
6. Manakah yang lebih afdal, solat qasar tidak ber¬jemaah dengan solat sempurna secara berjemaah.

Jawapan:
Solat sempurna berjemaah adalah lebih afdal daripada solat qasar bersendirian. Seperii yang dimaklumi solat berjemaah itu akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah s.w.t.

7. Adakah diharuskan solat qasar bagi orang yang terlalu letih atau penat kerana melaksanakan kerja berat?

Jawapan:

Tidak diharuskan solat qasar kerana keletihan atau kepenatan, 'illah (alasan) diharuskan solat qasar adalah kerana musafir, bukannya kerana letih atau penat.

8. Ketika melakukan amal ibadah haji (wukuf) di Arafah dan Muzdalifah, bolehkah dilakukan solat jamak?

Jawapan:
Para ulama sependapat tentang harusnya dilakukan solat jamak antara Zohor dengan Asar di Arafah dan jamak Maghrib dengan Isyak di Muzdalifah, kerana Rasulullah s.a.w sendiri melakukan jamak taqdim di Arafah dan taakhir di Muzdalifah.

9. Saya akan bermusafir yang jarak perjalanannya ialah 400km. Sementara menunggu waktu penerbangan, saya ke pejabat lerlebih dahulu dan ketika di pejabat telah masuk waktu Zohor. Adakah boleh saya solat secara jamak dan qasar di pejabat?

Jawapan:
Jarak perjalanan yang dinyatakan menunjukkan anda layak untuk solat jamak dan qasar. Walau bagaimanapun berkenaan soalan anda itu, anda boleh melakukan solat musafir di pejabat dengan beberapa syarat:-

i) Ketika anda keluar rumah, anda telah berniat untuk bermusafir.

ii) Pejabat tempat anda bekerja hendaklah di luar daripada kawasan tempat tinggal anda.

10. Adakah perjalanan untuk bercuti bersama keluarga, bermesyuarat, menyertai sukan dan lain-lain yang tak masuk dalam kategori 'ziarah keluarga' dibolehkan jamak/qasar. Saya sedikit ragu kerana saya pernah dengar ada orang mengatakan perjalanan untuk tujuan seperti di atas tidak dibolehkan jamak/qasar.

Jawapan:
Antara syarat-syarat untuk membolehkan seseorang iiu mengerjakan sembahyang jamak/qasar ialah bermusafir dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak. Apakah perkara yang diharamkan oleh syarak? Jika ia dijadikan sebagai tujuan permusafiran kita, maka tidak boleh sama sekali mengerjakan jarnak/qasar.

Pergi bercuti adalah dibenarkan oleh syarak, lebih-lebih lagi bersama keluarga. Dengan bercuti, kita dapat merehatkan fikiran dan mengembalikan semangat setelah penat bekerja mencari nafkah.

la dapat menjadi pendorong untuk meningkatkan lagi kualiti kerja kita. Lebih-lebih digalakkan jika percutian itu dapat meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. dengan melihat serta merenungkan kebesaran serta keindahan ciptaan Allah s.w.t. Selagi percutian itu lidak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, maka ia dibenarkan dan harus melakukan solat jamak/ qasar.

Bermesyuarat adalah satu perkara yang ada disebutkan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal bermesyuarat adalah harus seperti bemesyuarat tentang kerja-kerja dalam bidang kita ceburi, mengadakan rundingan perniagaan dan sebagainya. Bermusafir kerana mesyuarat begini sudah tentu dibenarkan untuk mengerjakan jamak/qasar.

Tetapi ada juga mesyuarat yang diharamkan oleh Allah Taala. laitu mesyuarat yang bertujuan untuk menghasilkan perkara-perkara yang haram. Contohnya bermesyuarat bagaimana hendak memulakan perniagaan judi, arak dan sebagainya. Kaiau musafir kerana ini, tidak boleh mengerjakan jamak/qasar.

Sama juga halnya dengan bersukan. Asal hukumnya adalah harus, tetapi ia akan bertukar menjadi haram jika tidak berlandaskan asas-asas syariat Islam. Contohnya, bermain bolasepak, adalah harus, tetapi jika ia tidak menghiraukan batas-batas hukum, ia bertukar menjadi haram. Begitu juga jika bermain tanpa menghiraukan waktu sembahyag, tidak menutup aurat, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Oleh itu musafir kerana tujuan sukan seperti ini, sudah tentu tidak dibolehkan jamak/ qasar.

11. Saya bekerja di Kuala Lumpur. Ada kalanya, selepas pukul 1 petang hari Sabtu, saya pulang ke kampung di Melaka. Jarak dari Kuala Lumpur ke kampung saya lebih dari 100km. Biasanya, saya akan pulang semula ke Kuala Lumpur pada petang Ahad berikutnya. Ini bermakna saya berada di kampung kurang dari 3 hari. Bolehkah saya menqasarkan/menjamakkan solat saya ketika pulang ke kampung halaman sendiri?

Jawapan:
Jika anda telah memutuskan untuk menjadikan pemastautin di tempat tinggal sekarang di Kuala Lumpur, maka anda boleh melakukan jamak/qasar ketika berada di kampung di Melaka.

Tetapi jika anda masih lagi menganggap bahawa kampung di Melaka itu sebagai tempat mastautin, maka tidak bolehlah melakukan solat jamak/qasar ketika di kampung. Anda hanya boleh jamak/qasar ketika dalam perjalanan pergi dan balik sahaja. Bermastautin bermaksud mahu tinggal terus di situ.

12. Adakah solat jamak mesti dilakukan di dalam masjid dan berjemaah?

Jawapan:
Sekiranya solat jamak itu kerana hujan ianya mesti dilakukan secara berjemaah dan di tempat seperti masjid, surau dan bukan di rumah sendiri. Bagi solat jamak kerana musafir, ia boleh dilakukan secara bersendirian dan di mana-mana tempat sekalipun.

13. Saya bemiat untuk pulang ke kampung selama 8 hari dan hari pertama hingga keempat saya buat jamak dan qasar. (Hari pertama dikira hari perjalanan)

Jawapan:
Anda tidak boleh mengerjakan jamak atau qasar setelah sampai ke kampung kerana anda telah berniat untuk bermukirn di situ selama 8 hari, iaitu lebih daripada tiga hari.

14. Saya pemastautin tetap di Gombak. Pada suatu hari saya bermusafir dari Ipoh ke Seremban dan singgah sebentar ke rumah saya di Gombak dalam waktu solat. Persoalannya, bolehkah saya menunaikan solat jamak serta qasar dalam situasi saya yang demikian itu?

Jawapan:
Selagi anda bermusafir, anda boleh melakukan solat jamak serta qasar. la bergantung kepada niat di mana tempat anda akan menamatkan musafir anda tersebut. Apabila habis tempoh musafir, anda tidak boleh melakukan solat jamak dan qasar.

15. Andainya saya dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke kampung saya di Meaka, saya berhenti dalam perjalanan dan mengerjakan solat Zohor dan Asar (jamak taqdim beserta qasar). Apabila saya sampai ke Melaka, waktu Asar masih ada lagi, adakah perlu saya mengulangi solat saya ilu?

Jawapan:

Solat jamak dan qasar yang anda lakukan tersebut adalah sah kerana antara syarat untuk melakukan solat jamak dan qasar ialah perjalanan yang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya dua marhalah. Oleh sebab itu, anda tidak perlu mengulangi solat Asar lagi, cukup dengan solat yang telah anda tunaikan tersebut.

Wallahu a’lam.








3 ulasan:

kl berkata...

Untuk waktu solat kl bleh layari page saya.

Tanpa Nama berkata...

Saya dari Kuala Lumpur. Pulang berhari raya di Perak, rumah mertua dan bermusafir selama 3 Hari. Pada Hari ketiga itu juga Saya pulang ke kampung sendiri untuk berhari raya selama 3 Hari juga. Adakah masih boleh Saya mengerjakan solat musafir? Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya belajar di shah alam dan berasal dari Ipoh. Saya balik rumah setiap weekend. Adakah bermakna saya dikira sebagai musafir sepanjang saya berada di Ipoh. Keliru sbb Shah Alam adalah tempat belajar dan saya tinggal di kolej. Ipoh pun tempat saya menetap jgk.